Lights Of Heaven

Friday, September 7, 2012

Saturday, August 25, 2012

Hooray Hooray

Assalamualaikum, semua best tak beraya?^_^ haih, saya ni asyik cakap tentang perkara yang sama sahaja kan.  Biasalah, raya.^_^  Hmm, siapa pakai baju baru hari tu?  Siapa main mercun?oo.^_^

Sudah balik. ^_^

Assalamualaikum, alhamdulillah, selamat juga sampai uitm pagi tadi.  Whoah, bila sampai di sini, saya tengok pagar tu tertutup.  Saya fikir, dah kunci ke, macam mana nak masuk.  Saya terfikir salah faham.oo.  Rupanya memang selalu terbuka.  Hmm, lepas letak barang semua, keluar dengan keluarga sekejap nak pergi beli makanan.  Hmm, dah lepas balik sini, kemas, basuh baju semualah.  Alhamdulillah, semua dah selesai.  Hmm, tapi, blackie tak ada. :[ Blackie tu kucing yang selalu teman saya dekat blok saya.  Mana dia pergi ye. :[  Haih, hmm, tak mengapalah.  Kalau ada orang bawa dia balik, baguslah, boleh dia makan kenyang-kenyang dan dapat keluarga baru.  oo.  ye, siapa balik pagi esok? 

Mandarin

Assalamualaikum, siapa yang dah siap buat skrip mandarin dan study mandarin?  Saya sudah tidak faham. :[ Selamat berjaya semua.^_^

Berhari Raya

Assalamualaikum, apa khabar semua?  Dah penah beraya?^_^  hmm, best kan dapat beraya satu keluarga.  hmm, hari tu alhamdulillah dapat saya beraya dengan semua di belah mak, tapi, di belah ayah, tak semua yang balik.  Jadi, tak mengapalah kan.  Hmm, hari tu, whoah, akhirnya dapat makan rendang yang mak masak.^_^  alhamdulillah dapat juga makan masakan mak puas-puas ye.^_^  Macam mana dengan kamu semua?  Mesti ada banyak kuih-muih juga kan?  Siapa yang sempat buat kuih raya bila balik tu, whoah, bestlah ye.^_^  hmm, dekat kampung, dapat juga makan laksa toksu buat.  Hmm, sedap juga rasanya.  Haih, bila balik kampung, memang susahlah nak buat kerja kan.  Tak mengapalah.  Siapa yang balik kampung untuk hari raya angkat tangan!  oo.^_^  hmm, siapa yang dah balik rumah, rehatlah sekejap ye.  Nanti boleh makan kuih raya lagi.oo.^_^

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum, apa khabar semua?^_^ harap-harap semua sihat sejahtera.  Insya-Allah, amin.^_^  Hmm, sudah lama juga saya tak update.  Hai, line dekat kampung memang tak berapa nak laju sebab belakang bukit.  Jadi, saya minta maaf atas kelambatan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua rakan-rakan saya.^_^  Hmm, minggu lepas sampai kampung hari sabtu.  Whoah, rasa best masa tu sebab tahun ni dapat balik kampung dekat Kedah.^_^  Hmm, macam mana dengan lain-lain?  Raya best tak?  Mesti dapat banyak duit raya kan.^_^  dapatlah menampung balik keperluan harian kita untuk belajar kan.  Insya-Allah.^_^